jump to navigation

Ok.. ready to roll.. November 8, 2006

Posted by tipshartanah in Bahasa Melayu, Intro, Umum.
trackback

So this is going to be my first posting to this blog!

Lebih elok bagi intro sikit dulu kot pasal blog ni sekali lagi yek.. Okla.. di sini saya akan menggunakan majoritinya Bahasa Melayu cuma sekali sekala akan di’rojakkan’ dengan English kerana kadang2 tu term2 tertentu dalam hartanah ni lebih mudah difahami oleh kebanyakan orang – cthnya ‘title’ (dlm BM adalah dokumen hakmilik), freehold (pegangan bebas), leasehold (pegangan pajakan) dan sebagainya yang mana saya rasakan lebih mudah difahami semua.

Anda juga bebas memberikan komen anda dalam sebarang bahasa yang anda ingini (tetapi tertakluk kepada ENglish dan BM aje ok)… hehehe.. nanti ada bahasa lain tak paham la pulak!

Kepada pelanggan-pelanggan TipsHartanah saya (yang telah membeli ebook), sila gunakan Ruangan Forum di Laman Ahli untuk sebarang masalah atau pertanyaan yang memerlukan jawapan detail… di sini adalah umum.. so lebih baik anda gunakan kelebihan yang telah anda miliki tersebut… atau anda boleh terus email kepada saya melalui Laman Ahli Tips Hartanah.

Ok.. kita bermula sekarang..

Apa yang ingin saya sentuh terlebih dahulu di sini adalah apakah bidang hartanah dan kepentingan kepada kita untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya?

Bidang Hartanah sebenarnya adalah AMAT LUAS dan ianya telah bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu.. di mana orang2 zaman dahulu sanggup berperang kerana ingin menguasai kawasan baru (ya.. tentunya ingin menguasai tanah di kawasan tersebut serta hasil padanya). Ini telah menunjukkan kepentingan nilai tanah sejak dahulu lagi malahan sehingga kini secara umumnya jika kita lihat nilai hartanah sememangnya terus naik dan merupakan sesuatu aset yang amat bernilai kepada setiap orang.

Ini sebahagian yang diperkatakan dalam english mengenai sejarah hartanah:

” Land ownership in ancient England, as with most objects, depended primarily on possession. You had it, you owned it. You wanted it, you fought for it. You found it, you kept it. There were no courts or police force ready to recognize or enforce “legal rights” as we know them today.”

Selain itu apa lagi yang perlu anda faham mengenai hartanah?

Hartanah pula adalah sesuatu harta (property) yang dianggap kekal – tidak boleh ubah dan terlekat kepada tanah. Ini bermakna sebuah rumah yang dibina di atas sesuatu lot tanah akan dianggap sebahagian daripada hartanah tersebut dan tidak boleh dipisahkan – dianggap bersama. Walaupun boleh dirobohkan tetapi selagi mana ianya berdiri teguh di atas tanah tersebut, sesuatu binaan atau bangunan tersebut akan dianggap sebahagian daripada hartanah tersebut.

Ok?..Ada persoalan, Bagaimana pula dengan rumah seperti flat, apartment, condominium dan bangunan2 berbilang tingkat? Betul tak? Perkara ini akan saya sentuh dalam bab-bab akan datang berkaitan Strata. Selamat Membaca..

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: