jump to navigation

Pengetahuan Mengenai Hartanah.. penting ke? November 9, 2006

Posted by tipshartanah in Bahasa Melayu, Intro, Tips serta Panduan, Umum.
trackback

Persoalan ini agak menarik saya bangkitkan di sini.

Bagaimana dengan anda? Apa pendapat anda? Adakah anda merasakan pengetahuan mengenai hartanah adalah penting untuk diri anda atau anda merasakan anda tidak perlu mengetahuinya kerana ada orang lain yang boleh menguruskannya untuk anda seperti Lawyer, Property Consultant, Real Estate Agent dan sebagainya.

Sebenarnya walau apapun pendapat anda, ianya adalah hak anda – terpulang kepada anda.. tetapi adalah sebaiknnya untuk anda mengetahui perkara asas mengenai hartanah yang mana saya yakin ianya akan membantu anda pada ketika tertentu seperti ketika anda ingin membeli rumah, pindahmilik hartanah dari nama ibu/bapa anda yang telah meninggal atau berlaku konflik kecil sesama jiran yang mungkin anda boleh menyelesaikan sendiri secara baik tanpa perlu terus mendapatkan nasihat peguam.

Sebagai contoh, ketika anda ingin membuat keputusan pembelian hartanah (atau rumah baru anda) anda pastinya memerlukan pengetahuan mengenai apakah beza pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold) serta kesannya… apakah yang dikatakan sebagai hakmilik strata apabila anda membeli hartanah berbilang tingkat seperti apartment, apakah maksud kategori gunatanah dan pelbagai lagi. Sememangnya anda boleh mendapatkan nasihat daripada orang2 yang saya nyatakan di atas, tetapi cuba bayangkan berapa banyak masa yang anda perlukan jika perkara asas pun anda perlu bertanya atau menyemak dengan mereka. Dan saya fikir anda juga pastinya berasa kurang yakin jika ingin bertanyakan perkara-perkara asas seperti apakah maksud rumah semi-d atau townhouse (ni pun mungkin ada yang masih tidak mengetahuinya) dan sebagainya.

Oleh itu adalah sebaiknya anda mengetahui serba-sedikit perkara asas mengenai hartanah untuk kebaikan diri anda kerana anda tidak tahu bila anda mungkin memerlukannya..

p/s. kalau nak tahu pasal Panduan Membeli Rumah, lawatilah TipsHartanah.com

Comments»

1. A Razak B Arshad - January 26, 2008

Assalamualikum,
Saya A. Razak. Cuma nak minta nasihat untuk jadi agent hartanah yang professional. Dulu tak silap ada artikel pasal ni.tapi saya cari-cari tak ada pulak..

2. ahmad - April 2, 2010

saya nak tahu macam mana nak jadi agent tampa terikat dengan mana2 syarikat hartanah senang cerita mcm agent persendirian lah… perlu ade perjanjian ke dengan owner perumahan? macam mana nak buat perjanjian tue? boleh sape2 bagitahu ke…

3. ahmad - April 2, 2010

macam mana nak wat surat perjanjian antara owner dan agent, perlu ke guna peguam?

4. amie - May 3, 2010

aku nak maksud hartanah bukannya in bdohlah

5. norhainah ibrahim - October 16, 2010

apakah itu hartanah??
boleh terangkan lebih lanjut lagi???


Leave a comment