jump to navigation

Tmn Tun Dr Ismail (TTDI), KL – bagus sangat ker?? November 9, 2006

Posted by tipshartanah in Bahasa Melayu, For Sale, Intro, KL & Selangor Only, Property, Umum, Untuk Dijual.
trackback

Ok.. today i’m going to blog about TTDI… kepada anda yang tinggal di area KL atau Selangor pastinya tahu mengenai TTDI bukan? kepada yang kurang tahu tu takpelah.. haa.. ari ni saya nak bagi tau bagus sangat ke tempat ni??

Pagi ni saya baru ada satu appointment dengan client yang nak tengok rumah kat area TTDI ni. Actually my client’s investment budget around RM1,500,000. So agaknya rumah apa la yang boleh dapat kat TTDI ni yek??

Untuk harga mcm tu rumah yang anda boleh dapat kat TTDI sebenarnya paling bagus adalah 2-sty Semi-D.. itupun yang basic/minor renovation aje.. kalau dah siap buat major reno/ext boleh sampai RM1.9M – RM2.0M… hmmmm, bagi sesetengah orang.. baik beli kat tempat lain betul tak? boleh la dapat bungalow! Besar lagi.

So apa yang special sgt pasal TTDI ni? kenapa ada orang yang still sanggup beli rumah teres 1-tkt pada harga RM400,000 atau lebih? Gilo apa? Takkan gilo kot… kalau nak tau yang tinggal kat sini sapa tau?… Director, CEO, VIP,VVIP dan ramai lagi la termasuk la Datuk A,B,C,D..K.. sampai la Z… hehehe… nak kata specific tak boleh la yekk.. privacy.. tapi memang ramai ‘BIG Shot’ yang tinggal kat area ni.. huhhh… sebab itulah tempat ni sentiasa tidak terganggu bekalan air, api etc termasuklah antara yang pertama mendapat sistem paip baru SYABAS upgraded.. dan juga jalan baru turap… So jika anda nak tinggal di tempat yang tiada gangguan bekalan tersebut … belilah di sini ye! HEHEHE… Dari segi population mengikut kaum… saya dapat info daripada otai agent di area ni bahawa Melayu adalah still majority.. dan sedikit melebihi 50% daripada total population TTDI… hmmmm satu info yang menarik…

So apa lagi yang menarik sangat mengenai TTDI ni?

Ok.. selain faktor2 di atas… sememangnya orang yang membeli di sini adalah di atas faktor lokasi, accessibility, FREEHOLD dan juga NAMA… yes…. mereka sanggup membayar mahal kerana NAMA .. established area… sebabnya… orang2 VVIP ni perlu cakap “I tinggal kat TTDI” barulah orang ada respect sikit… agaknya la… agaknya kalau orang VVIP ni cakap… “welllll… i live in Sg. Buloh, Bukit Beruntung, … or Kepong” mungkin terjejas la sikit kot reputasi mereka… (no offence to people stay in those areas ok!).. I sendiri pun tinggal kat Kepong… hehehe..

Dari segi lokasi & accessibility, memang tidak dinafikan TTDI mempunyai lokasi yang bagus dan mudah di access melalui pelbagai arah… sama ada anda dari Sprint Highway, LDP, PJ, Shah Alam atau KL sememangnya anda mempunyai banyak pilihan…

Bagaimana pula faktor FREEHOLD? tempat lain pun ada freehold kan?

FREEHOLD untuk TTDI bermakna FREEHOLD di kawasan KL.. apa maknanya? Sebenarnya begini… TTDI adalah di dalam wilayah KL… so seperti yang kita tahu.. sememangnya KL mempunyai nilai yang tinggi untuk hartanah… akibat kekurangan tanah dan penawaran… tambahan lagi TTDI mempunyai pegangan Freehold maka inilah yang menjadikan ianya lebih dicari-cari kerana potensi jangka panjangnya… sebab sememangnya susah untuk mendapatkan hartanah yang FREEHOLD di KL pada masa sekarang!

Ok… itulah serba-sedikit mengenai TTDI… bagi anda yang berminat mengenai TTDI, berikut adalah anggaran harga hartanah di TTDI..

  • Teres 1-tkt (1-sty terrace/link) – >RM400,000
  • Teres 2-tkt (2-sty terraace/link) – RM500,000 – RM1,000,000
  • 2-sty Semi-D – RM1,400,000 ke atas
  • 2-sty Bungalow – RM2,300,000 ke atas
  • TTDI Hill (Bungalow) – RM5,300,000 ke atas
  • Apartment – RM300,000 ke atas

Beberapa unit tersedia untuk dijual… hubungi saya di mk91077@yahoo.com utk maklumat lanjut.

(Few units available FOR SALE) – contact me at mk91077@yahoo.com for further details.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment